Syarat-syarat nak beli

Pelanggan

1) Pelanggan yang jujur dan amanah dalam pembelian sangat dihargai. Secara tidak langsung anda adalah kekuatan kami.

2) Membelilah dengan yakin setelah mantap membuat keputusan.

3) Sekiranya timbul keraguan dan kekeliruan mengenai produk atau sistem kami, jangan segan silu emelkan pertanyaan anda kepada darimatakehati@gmail.com

4) Keutamaan diberikan kepada pelanggan yang lebih awal membuat tempahan.

Produk

1) Maklumat yang lengkap diperlukan bagi setiap pesanan yang dibuat. Pesanan dengan maklumat yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

2) Semua produk adalah terhad.

3) Warna produk mungkin berbeza sedikit daripada yang asal akibat daripada pencahayaan ketika berfoto.

4) Semua barang yang telah dijual tidak boleh dikembalikan melainkan terdapat kerosakan.Walau bagaimanapun, kami akan sentiasa memeriksa barang sebelum dihantar. Peringatan : Sila semak ukuran baju adalah bersesuaian dengan ukuran badan anda.

5) Untuk cucian pertama, sila asingkan pakaian yang baru dibeli dengan pakaian-pakaian lain. Elakkan penggunaan pakaian menggunakan mesin basuh baju.

6) Pesanan anda akan dibungkus dengan baik. Walau bagaimanapun, kerosakan yang berlaku semasa penghantaran adalah diluar tanggungjawab dan kawalan kami.


Pembayaran

1) Sekiranya anda tidak menerima sebarang emel daripada kami selama 7 hari dari tarikh tempahan dibuat, sila semak di ruang junk mail.

Harga produk adalah tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran adalah standard (Sila rujuk invois yang diberikan)

2) Pembayaran penuh perlu dijelaskan dalam masa 3 hari daripada tarikh invois dihantar kepada anda. SMS dan emel akan dihantar sebagai peringatan terakhir dan selepas dari tempoh itu pesanan dianggap terbatal.

3) Baki anda akan dipulangkan sekiranya anda menggunakan mesin deposit tunai yang tidak menerima syiling atau RM 1 dan RM 5. Hantar emel berserta nombor akaun dan bank anda untuk pemulangan baki.

No Response to "Syarat-syarat nak beli"

Post a Comment

 

Perhatian!

Photobucket

Sertai Kami

Hakcipta © 2010 . Semua Hak Cipta Terpelihara.
WarungBajuCekJah